Manfaat Anggur Hitam untuk Kesihatan



Manfaat  Anggur Hitam untuk Kesihatan

1. Mencegah kanser payudara

Pengkaji menyatakan bahawa buah anggur hitam memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan bermanfaat dalam mencegah radikal bebas yang dapat menyebabkan kanser payudara.

Manfaat Anggur Hijau untuk Kesihatan



Manfaat Anggur Hijau untuk Kesihatan

Berikut ini merupakan beberapa manfaat buah anggur hijau, diantaranya ialah :

1. Dapat merawat masalah saluran pernafasan/asma

Bagi anda yang memiliki masalah dengan pernafasan, buah anggur merupakan salah satu ubat yang sangat mujarab bagi merawat masalah pernafasan seperti sesak nafas, batuk, hidung tersumbat dan mengeluarkan lendir berlebihan yang menempel pada saluran pernafasan.

Manfaat Anggur Merah untuk Kesihatan


Manfaat Anggur Merah untuk Kesihatan

Buah anggur merah bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, malah turut bermanfaat untuk rawatan kecantikan kulit wajah. 

1. Mencegah penyakit jantung

Dengan mengamalkan anggur merah, maka zat oksida nitrat yang ada di dalam darah akan meningkat sehingga mampu mencegah pembekuan darah serta risiko penyakit jantung. Selain itu, kandungan antioksidan dalam buah anggur dapat menghentikan proses oksidasi kolesterol jahat yang dapat mengakibatkan pembuluh darah tersumbat.

Anggur - Mengatasi Pelbagai Penyakit



Khasiat Anggur - Mengatasi Pelbagai Penyakit

Anggur mampu mencegah penyakit. Berikut adalah beberapa contohnya :

1. Menjaga Kesihatan Jantung

Buah anggur menunjukkan bahawa kandungan zat di dalamnya, memiliki kegunaan untuk melebarkan pembuluh darah, memberikan kesempatan untuk darah mengalir lebih mudah.

Epal Hijau untuk Kulit dan Rambut



1. Ejen Anti Penuaan

Buah epal hijau merupakan satu bahan anti-penuaan yang sangat berkesan. Antioksida dan serat yang terdapat di dalamnya boleh mengekalkan keanjalan kulit serta membuatkan kulit kelihatan muda.

2. Membaiki Teksur Kulit

10 Khasiat dan Kebaikan Buah Epal




1) Baik untuk kesihatan

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Kesemuanya adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan epal berjaya mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes.

Your Life, Your Choice - 3


Be positive, Be patient, Be persistent



Your Life, Your Choice - Winners vs Losers

Sees a green near every sand trap – The Winner

Orang yang berjaya, mindanya sentiasa menerapkan bahawa di setiap kesulitan pasti ada kesenangan dan di setiap usaha akan ada harapan menuju kejayaan. Terdapat kata-kata yang sesuai dengan sifat orang berjaya, iaitu “Sentiasa ada jalan bagi mereka yang berusaha, dan sentiasa ada harapan bagi mereka yang berdoa”. Latih minda untuk sentiasa mencari nilai kebaikan, walau dalam apa jua keadaan.

Sees two or three sand traps near every green – The Loser

Seandainya minda terbasa dengan perkara negatif, maka setiap pandangan seseorang juga tidak mustahil untuk terus cenderung kepada situasi yang negatif. Contohnya, merisaukan perkara yang belum tentu terjadi, atau terlalu banyak “kalau”. Andaian itu bagus, namun jika berlebihan, ia akan menyebabkan kurangnya keyakinan dalam diri seseorang. Elakkan daripada terlalu memikirkan masalah, sebaliknya carilah jalan dan cara mengendalikannya.

Says “It may be difficult, but it’s possible” – The Winner

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerana kemahuan akan mendorong seseorang melakukan sesuatu tindakan. Sesuatu yang susah, akan tetap diusahakan, jika terdapat kemahuan dalam diri seseorang. Manakala, jika semangat itu pudar, perkara paling senang boleh bertukar menjadi perkara yang paling susah. Tanamkan semangat dalam diri, kukuhkan serta laksanakan apa yang perlu demi mencapai impian.

Says “It may be possible, but it’s too difficult” – The Loser

Selain “kalau”, perkara yang sering menghalang kemajuan seseorang ialah ungkapan “tetapi”. Contohnya seperti, “Saya nak, tetapi...”. “Saya sudah berusaha, tetapi...”. Perkataan tetapi itu automatik menafikan kesungguhan seseorang. Andai seseorang itu betul-betul bersungguh-sungguh, maka tiada sebarang keraguan yang mampu menghalang usahanya. Keraguan itu kadang-kadang menjadi pembunuh bagi sesuatu impian. Untuk menghapuskan keraguan, caranya ialah tingkatkan keyakinan. Good luck.

~ Tinta Cahaya ~